Tuesday, June 28, 2011

Dua Pengedar Kereta Nasional Diarah Kembalikan Deposit Berjumlah RM20,855

KANGAR, 27 Jun (Bernama) -- Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Isnin mengarahkan dua syarikat pengedar kereta nasional mengembalikan deposit pembelian berjumlah RM20,855 kepada seorang pembeli yang gagal memiliki kereta idamannya walaupun dua kali melakukan tempahan.

Presiden TTPM Reihana Abd Razak memerintahkan Dinasti Agresif (M) Sdn Bhd mengembalikan deposit berjumlah RM10,855 dalam tempoh 14 hari kepada Mohd Izhari Ahmad, 56, manakala Roadstar Automobile Enterprise sebanyak RM10,000 dalam tempoh 30 hari.

Reihana membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan tuntutan Mohd Izhari, dari Taman Desa Pulai di sini, yang gagal memiliki kereta Waja CPS 1.6(A).

Dalam tuntutannya, Mohd Izhari yang bekerja sendiri berkata beliau membuat tempahan pertama pada November 2008 melalui seorang jurujual Dinasti Agresif, yang berpejabat di Kuala Ketil, Kedah dan membayar deposit secara 'tukar beli' kereta Proton Wira miliknya.

Pada 26 Dis 2009, beliau dimaklumkan tempahan baru perlu dilakukan melalui syarikat lain iaitu Roadstar Automobile Enterprise, yang berpejabat di Pulau Pinang, kerana Dinasti Agresif gagal mendapatkan kereta itu dengan lebih cepat.

Bagaimanapuan, selepas menyerahkan cek bernilai RM10,000 untuk tempahan baru kepada Roadstar Automobile, Mohd Izhari sekali lagi hampa untuk memiliki kereta idamannya kerana wang itu digunakan sebagai deposit pembelian oleh seorang pelanggan lain.



-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment